Indirect.Good Day Oldman

Notice:

You just visit a lame blog. Really lame blog.

Saturday, May 26, 2012

Minus

How hard I tried.
How many I tried.
How fast I tried.
How accurate I tried.
No chance to be the #1.
Literally.

Unreachable.
Minus. 26.5.12.00.01

Saturday, May 5, 2012

I'm right yet I'm acting wrongly

Banyak benda yang dah berlaku, sedang berlaku, dan akan berlaku.

Kita hanya mampu merancang, penentu adalah Allah.

"If we fail to plan, we plan to fail"

"Sebaik-baik perancang adalah Allah"

Dulu, aku jenis yang tak kisah dengan apa yang jadi dan aku akan lalui sebab aku percaya yang apa yang aku lalui adalah yang terbaik yang Allah berikan dan aku percaya yang Allah akan berikan yang terbaik pada aku. Dan aku lalui tanpa banyak berfikir "kenapa", "mengapa" dan "bagaimana".

Tapi semenjak Allah bawakan satu "keraguan" dalam perjalanan aku, aku rasa aku cuba untuk "mengubah". I think, I need to be my old self.

Kena buang "keraguan" dan kuatkan kembali kepercayaan pada Allah yang Maha-Mengetahui. Kepercayaan tu tak pernah hilang, cuma dihantui "keraguan".

Kadang-kadang aku tak dapat tahan amarah aku, tapi bila aku marah, bersebab. Dan aku tak rasa orang yang aku marah layak nak tegur aku "kembali pada-Nya". Benda dia buat adalah betul, tapi, macam orang kata "apa guna tegur orang tapi diri sendiri tak buat". Banyak benda yang kau buat tak seperti ilmu yang kau ada.

Aku tak kata kau salah, tapi itulah kenyataan. Macam post aku sebelum ni, adakah aku salah? Tak, sebab itu apa yang aku nampak. Bak kata kau, kalau panggil tiga-tiga orang kompem tiga-tiga cakap macam apa aku cakap. Jadi itu apa yang kitorang nampak.

Dan aku tak kata kau salah. Aku malas nak cakap banyak pasal kau, harapnya masa berlalu dengan pantas dan apa yang kau rancang dipercepatkan. Aku malas nak tengok muka kepura-puraan. Dulu kau cakap lain, lepas tu kau buat lain. Apa beza dengan penipu?

Kes kedua, aku tak faham dengan seorang hamba Allah ni, nak kata aku pernah cakap yang aku post/buat status tak ada kena mengena dengan kau langsung dan aku tak ada apa-apa perasaan dekat kau tapi apsal kalau aku buat status je mesti kau nak buat status related/reply status aku? Pelik aku. Aish. Aku rasa aku dah jelaskan sejelas-jelasnya yang kau bukan watak dalam post-post blog aku atau status-status aku. Aku dah cukup hormat kau, tapi kau nak mengada-ngada lebih lak walaupun aku dah bagitau. Huh!

Jadi, macamana nak buang "keraguan"?
Buang yang buruk dan ambil yang jernih. Berserah pada Allah, Allah mengetahui apa yang berlaku. Yang penting PERCAYA dan SYUKUR dengan pemberian-Nya.

Monday, April 16, 2012

All about the women

Baru habis round Paediatrics(Kanak-kanak), sekarang dalam round O&G iaitu round berkenaan sakit-sakit perempuan dan perbidanan.

Dulu masa Paediatrics selalu singkatkan jadi Paed(Pa-ED) dan selalu orang tak faham sebab kebanyakan sebut Ped. Haha.. masalah sungguh kalau ada English UK dan US ni.

Bila masuk O&G ni banyak benda yang tak tahu diketahui. Sekarang baru satu case dan case Obstetrics baru belum Gyn lagi. Banyak sakit-sakit perempuan ni sebab tu isteri selalu mengada-ngada dengan suami kot?

Selama ni agaklah pelik bila orang-orang dekat M'sia cakap lepas bersalin je ada "Pantang". Medical term for it is "puerperium". Rasanyalah itu pantang sebab dia 6 to 8 weeks after bersalin.

Dan dalam masa yang sama, tetiba ada pasal "post-partum contraceptive". Pelik kan kenapa nak contraceptive lepas dah bersalin.

Sebabnya baru tahu yang lepas bersalin dan kenapa kena pantang, sebabnya ibu yang mengandung ni dia dah menggunakan banyak tenaga untuk jaga kandungan dalam badan. MasyaAllah, besarnya pengorbanan seorang ibu.

Jadi contraceptive after bersalin adalah bagi mengelakkan ibu yang baru bersalin mengandung lagi dalam tempoh pantang sebab nak bagi ibu tu recover ke normal state yang mana kalau baru lepas mengandung dan dalam 4-5 minggu mengandung lagi ini akan membahayakan kesihatan ibu tu.

Kita selalu ingat nak dapat anak tu mudah je, rupa-rupanya banyak perlu difikirkan. Ni baru cakap lepas bersalin sikit je, sebelum bersalin, masa bersalin pun banyak lagi.

Alhamdulillah rasa sangat bersyukur belajar medic ni. Rasanya kalau ambil benda lain nanti tak pernah tahu kata yang "rehat/pantang" selepas bersalin tu penting. Sian cik future wife nanti kan. Hehe..

Di sebabkan baru tahu benda ni, rasanya macam kena tundalah beberapa perkara dalam perancangan hidup. :P

"Dear my future wife, I don't know who you are right now, I don't know when, I don't know where you are, and many things I don't know about you. But, the thing that I know, you'll have my very best care as your husband".

:D insyaAllah.

Friday, March 2, 2012

Saranghae II

Salam,

Lama sangat dah tinggal blog ni tak sambung-sambung.

Biasa la,
sifat malas itu sering melanda
tapi rasanya tak mengapa
sebab bukan ada orang baca.

Haha~

Post ini adalah disebabkan stimulus dari facebook event.
Akhir bulan satu, sorang kawan lelaki invite ke majlis akad dan walimatulurus dia. Walaupun hanya kenal dari laman sosial sebab dia kawan kepada kawan, still rasa jeles dengan kecepatan rezeki dia mendirikan rumah tangga.

Pastu cuti winter lepas, junior TAHUN 2 balik Malaysia kawin. Langkah bendoi. Sapa rasa tak tercabar??

Mai 4-5 hari lepas dapat satu invitation kawan lelaki sekolah menengah nak kawen pulak 17th March ni. Aih, mengundang betul.

oke, sambung dari post yang lepas Saranghae I. Sebelum ni cakap pasal "jatuh cinta", tapi kali ni pasal bercinta.

Daripada penulisan Dr. MAZA dalam blognya, beliau habaq yang bercinta itu boleh dengan tahu menjaga pergaulan dan semestinya bercinta itu adalah dengan niat ingin memperisterikan/mempersuamikan pasangannya.

Kiranya, kalau nak bercinta boleh, tapi kena SERIUS dan bukan hanya disebabkan nak ikut trend semasa/barat yang kalau dah remaja kena bercouple. Tapi yang berlaku sekarang adalah sebab ikut trend. Tapi ramai je yang memang serius.

Post ni bukan nak bincang tentang dalil haram or halal dalam bercouple. For sure dan sahih wa kompem, berpeleseran antara bukan mahram tanpa ada sebarang tujuan penting seperti kerja dan sebagainya TANPA IKATAN YANG SAH adalah HARAM.

Tapi dalam perspektif bercinta ada yang dibenarkan. Banyak orang-orang yang tak pernah bercinta dan terus kahwin dan akan berkata "bercinta lepas kahwin". Ada betulnya jugak.

Tapi kalau orang selalu kata "tak kenal maka tak cinta" kan?

Pada pandangan penulis, bercinta yang dibolehkan adalah bercinta apabila:
1) SERIUS dalam hubungan
2) Untuk mengenal serba sedikit/banyak pun takpe bakal pasangan sehidup.
3) Dah kompem akan granted bila nak kahwin!

Point pertama, adalah bila betul-betul serius. Sebab ada sesetengah lelaki yang akan guna ayat "Kapel lain, kawen lain". Memang ada, tapi bukan semua lelaki macam tu ye. Bagi perempuan takdelah den tahu sebab den ni lelaki. Dan bila dah serius, go to another step.

Point 2nd, rasanya fasa ni perlu sebab tak nak terlalu asing or awkward. Paling-paling pernah bertegur sapa dan tahu serba sedikit latar belakang family dan sebagainya. Sebab dalam hadith pun ada sebut beberapa perkara dalam memilih calon isteri seperti agama. keluarga, harta, dan lain-lain. Jadi, perlulah mengetahui serba sedikit sebelum berkahwin.

Jadi untuk fasa ni, awal-awal bila dah serius, mulalah berkawan dengan dia. Ambil tahu serba sedikit dan jadilah stalker yang berjaya. Lepas dah berkawan dan dah memang kenal dan betul-betul dah berkenan go to next step sebab dari pengalaman yang dengar dari kawan-kawan ni, perempuan kalau tak kenal lepas tu tetiba ada orang masuk meminang ni selalunya akan dijawab "kami tak boleh buat keputusan, nanti kami bincang dulu" or "maaflah, anak kami dah ada orang yang punya".

3rd point, sembang dengan family dulu. Habaq kata nak bercinta dan rancang dari awal bila nak kawen. Bila family kata "ok, tahun depan tunang, setahun lepas tu trus kawen" itu maksudnya dah cukup granted. Nice gila kalau macam tu.

So, lepas tu bolehlah jadi lebih dari serorang kawan, or dalam term lain "bercinta". Bila dah ubah status sebagai "in relationship" tu, terus bincang dengan teman wanita/teman lelaki tentang perancangan kawin. Jangan tangguh-tangguh dalam berbincang tentang kahwin.

TAPI, sebaiknya janganlah terlalu lama bercinta. Dalam range 2 tahun bercinta sebelum kahwin tu rasanya dah cukup nice dah dan rasanya dah agak lama.

Sebab penulis pernah bercinta dan penulis memang serius(sebelah pihak lagi penulis tak tahu macamana).  Tapi, penulis bercinta TERLALU AWAL. Masa itu masih muda. Masih hingusan. Dalam tempoh yang panjang, banyak benda boleh berlaku. Jadi elakkan dari bercinta selagi belum kompem bila anda mahu kawen atau jarak dari waktu mahu berkahwin tu melebihi 2 tahun.

Dari pengalaman yang dilalui, penulis merasakan 3 benda di atas yang diperlukan bila mahu bercinta bagi mengelak dari berlaku putus cinta dan berlaku benda yang tidak diingini.

Dan penulis sejak putus cinta memang dah taknak bercinta sehingga memenuhi 3 benda di atas. Dan dari situ banyak penulis belajar dari pengalaman Kire sekarang memang serius, cuma nak tunggu masa untuk yang ke-3. Hahaha.. Sebab putus cinta ni bahaya, contohnya ada sorang penulis blog yang femes di kalangan kaum hawa ni, sape ntah nama dia Zack Zukhairi ke apa ntah, dengarnya dah tak update blog dia yang femes tu semenjak putus cinta. Mak aih.

Nasihat bagi kaum hawa, korang janganlah terpengaruh sangat dengan fakta "lelaki dah kurang, perempuan sekarang kena bersaing" dan menyebabkan anda nak sangat bercinta sebagai tanda anda CHUP laki tu.

Jodoh semua Allah dah tetapkan, insyaAllah, on the right time you will meet the right man.

Untuk kaum lelaki lak, jangan risaulah. Perempuan sekarang kena bersaing untuk dapatkan kita. Jadi buatlah apa yang terbaik untuk jadi lelaki yang terbaik. Kalau isap dadah dan duk rumah sebab ingat perempuan nak mai cari hang tu bangang namanya.

Tapi still bila dah bercinta, JAGALAH pantang larang sebelum berkahwin. Kenal-kenal pun jangan lebih-lebih oke.

Akhir dari penulis, post ini sekadar PENDAPAT dan bukannya PANDUAN WAJIB mahupun STATEMENT.

Maybe ada orang akan cakap, "aku kapel 11 tahun and aku kawen dengan dia, dan kami bahagia", kalau macam tu Alhamdulillah, may Allah bless both of you and you're among the best sebab boleh bersama. :D Cuma dalam bercinta(kalau terlalu lama) anda akan lalui saat-saat seperti bergaduh, cemburu, hilang kepercayaan dan sebagainya yang adalah lumrah. Dan kalau 3 benda diatas tu, rasanya akan dapat elak benda-benda ni berlaku.

Segala salah silap harap ditegur. Kita hidup untuk belajar dari kesilapan dan menjadi insan dan hamba Allah yang lebih baik. InsyaAllah.

Wassalam.

Monday, January 16, 2012

Saranghae I

Bismillah,
Assalamualaikum,

Ni 2nd post(yang panjang) selepas mengaktifkan balik blog ni. Lagi 3 hari lagi dan nak final tapi still ambil masa nak post dekat blog. Release tension lah alasannya padahal malas nak study.

Kalau budak-budak anti-Korea baca tajuk post ni mesti dah tak baca intipati dia dah. Jangan risau tuan-tuan hamba semua, post ni bukan nak cakap pasal SNSD ke, Big Bang ke mahupun berita kedatangan Running Man ke Malaysia.

Saranghae adalah bahasa korea yang bermaksud "saya cinta awak" atau dalam englishnya "I love you" dan kalau bahasa bisunya "1,4,3" atau bahasa utagha "aku nak kat hang".

Cinta itu banyak kategorinya seperti cinta pada Allah, cinta pada harta, cinta pada manusia dan sebagainya. Tapi entry kali ini menfokuskan pada cinta pada Manusia.

Tentang Cinta pada manusia, banyak pendapat dan perbahasan yang dikemukan oleh para ulama mahupun para-para sakura(orang yang bercinta).

Jadi, timbul soalan:
1. Salahkah jatuh cinta? 

2. Haram bercinta sebelum kahwin?

Untuk soalan pertama, jawapannya adalah TIDAK SALAH. Mesti ada kata amin ni sekular lah apa lah. Sabar, untuk jatuh cinta adalah tidak salah bahkan menunjukkan bahawa yang kita adalah MANUSIA NORMAL yang di mana ditanamkan di dalam hati kita naluri untuk bercinta dan mencintai oleh Allah. Cumanya, nak diingatkan awal-awal, jangan semua awek/laki korang nak jatuh cinta tu dah naluri buas namanya.

Contohnya, kalau korang lelaki, tengok perempuan cun tapi tak ada nafsu. Baik korang jumpa pakar sakit puan cepat-cepat. Kritikal dah tu. Kalau anda jadi macam tu, maksudnya ada something wrong. Anda mungkin bukan spesis calon-calon Imam Muda. Dan samalah juga pada kaum wanita, anda mungkin bukan calon Ustazah Pilihan.

Tapi kalau anda ada nafsu pada sejenis dengan korang contohnya Gay dan Lesbian, anda dah cukup tersasar jauh. Itu bukan cinta, tu huru-hara. Berjuta awek cun dalam dunia ni kenapalah korang nak jadi Gay? Takkan semua nak bagi dekat aku? Walaupun aku tau secara batinnya aku mampu puaskan nafsu serakah wanita-wanita seantero dunia tapi kuota aku 4 je weh. 2 dah full, Emma Watson & Sekyung. Nabi tak mengaku umat weh suka sama jenis.

Jadi, adalah fitrah bagi seorang manusia itu bernafsu/mempunyai naluri untuk bercinta/dicintai. Sebaik mana dan sejahat mana tetap ada walaupun sedikit. Yang membezakkan adalah bagaimana kita nak dapatkan cinta itu dan bagaimana kita bercinta dan apa tujuannya.

Kalau tak ada naluri mahu bercinta atau dicintai itu, macam malaikat lah ye dok.

Ni dah pukul 1 pagi tapi lectures yang patut dihabiskan semalam belum start lagi dan ni baru nak start. Jadi soalan kedua akan disambung next post.

Adios! Salam.

Thursday, December 29, 2011

Love Tree

Salam,

Dah lama sangat dah tinggalkan blog ni. Rasanya dah tak ada orang baca except some friends yang telah diberitahu. Kenapa tulis balik?

Sebab ini musim cinta. Eceh!

I want to be a tree for you, so, you can stay under my branches which will cover you from the hotness of the sun on a sunny day.

You can stay and relax, be with me. I'm here for you.

Nice? Mula-mula dah jiwang dah kan?
Wanna be a tree for me?
So, I can take care of you because I love gardening. I'll take care of you everyday.

Ok, thats all, lets back to the main idea/topic.
Here is the main point:

Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya ada di antara pepohonan, satu pohon yang tidak gugur daunnya. Pohon ini seperti seorang muslim, maka sebutkanlah kepadaku apa pohon tersebut?” Lalu orang meneka yang ia pokok di wadhi. Berkata Abdullah: “Lalu terdetik di dalam diriku, pohon itu adalah pohon kurma, namun aku malu mengungkapkannya”. Kemudian mereka berkata: “Wahai Rasulullah beritahulah kami pohon apa itu?” Lalu baginda menjawab: "Ia adalah pohon kurma”.

Ya, pohon kurma. Dari hadith yang disebutkan, dapat kita ambil perumpamaan yang Rasulullah berikan itu menyatakan yang pohon kurma adalah sebuah pohon yang kuat. Walaupun datang angin kuat dan sebagainya daunnya tidak akan gugur.

Gugur ni bukannya korg pergi cantas daun dia. Tu dah lain cerita. Kiranya sebagai seorang Muslim, kita perlu kuat. Kuat dari segi apa? Dari semua segi. Segi tiga, empat dan sebagainya. Haha.. Maksudnya, mental, fizikal dan rohani. Kiranya jika datang apa-apa dugaan kita masih sabar, tabah dan mengharungi dengan yakin bahawa Allah ada bersama kita walaupun dugaan itu sekecil-kecil biji benih ataupun sebesar-besar Piramid.

Selain dari sifat pohon kurma yang kuat, kenapa ya Rasulullah umpamakan seorang muslim sebagai pohon kurma?

Selain sifat kuatnya, pohon kurma adalah sebuah pohon yang banyak manfaatnya. Sebagai contoh, buah kurma. Khasiat buah kurma, masyaAllah tinggi bahkan kandungan glucose dalam buah kurma itu sangat baik untuk diri kita. Kalau dalam medic, patient yang hypoglycemia boleh kot diselamatkan dengan kurma. Kalau tak silap. Hehehe.. tu baru buah.

Dengar cerita, batangnya boleh dibuat tali. Dan zaman Rasulullah dulu, batang kurma ni digunakan untuk membuat tiang-tiang rumah. Masjid nabawi dahulupun tiangnya adalah dari pohon kurma.

Kalau nak disamakan, ingat lagi time sekolah rendah dulu, kita kan belajaq yang pokok nyoq(pokok kelapa) tu pokok serba serbi dari dauh hingga batang boleh guna kecuali akar.

Jadi, menjadi seorang Muslim bukanlah bermaksud menjadi kuat secara rohani, mental dan fizikal semata-mata bahkan juga menjadi seorang yang dapat memberi/menyumbang dalam pelbagai segi dalam membangunkan ummah dan menghidupkan suasana Islam serta mengembalikan keagungan Islam kembali.

So, who wants to help me gardening? :D

Friday, August 19, 2011

Psst... Psst.. Ada Barang Baik Bro..

Ok, kalau kita pergi mana-mana pastu ada satu contest yang hadiahnya lumayan contohnya Kereta Merc/BMW/Ferrari/etc, atau Rumah banglo area Keramat/Bukit Mahkota/mahupun Beseri, Perlis. Pastu nak masuk contest ni tak payah bayar apa-apa, siapa-siapa pun boleh masuk dan boleh submit seberapa banyak peneyertaan pun takpe bak kata orang "makin banyak submit, makin tinggi peluang nak menang".

Nak ke tak? mestilah nak an?

Syukur Alhamdulillah kita dah orang muslim dah masuk fasa ke-3 bulan Ramadhan yang mulia ni. Dan dalam 10 malam terakhir ni Allah dah janjikan pada kita "satu ganjaran" iaitu satu malam yang amalan pada malam itu adalah lebih baik dari 1000 bulan iaitu malam Lailatul Qadar.

Kalau kita pi mana-mana masjid ke, surau ke, ceramah ke, atau solat jumaat, sampai je period 10 malam terakhir ni mesti je cakap pasal malam Lailatu Qadar dan kelebihan-kelebihannya.

Cuma bila dah 3-4 hari terakhir tu dah tak cakap dah pasal malam Lailatul Qadar ni. Time tu dah mula dah cakap pasal 1 Syawal. Saf pun kadang-kadang yang time fasa pertama adelah 5-6 saf, fasa ke-2 2-3 saf, fasa hari-hari terakhir adalah imam ngan bilal je. hehehhe...

OK, Lets go!


KELEBIHAN MENGHIDUPKAN MALAM AL-QADR

Kelebihannya terdapat dalam dua hadith sohih dan selain keduanya, telah diriwayatkan dari Abi Hurairah radhiallahuanhu, dari Nabi salallahualaihi wasalam telah bersabda; “ Barangsiapa yang menghidupkan malam Al-Qadr dengan penuh keimanan dan semata-mata kerana Allah, di ampunkan baginya segala dosanya yang telah lalu ” , dalam riwayat Al-Imam An-Nasaie telah menambah: “ Dan dosanya yang akan datang ”.

HIKMAH MALAM AL-QADR DI RAHSIAKAN

Allah Ta’ala telah merahsiakan malam Al-Qadr ini, dan Rasulullah salallahualaihi wasalam telah menjelaskan bahawa waktu yang di jangka akan berlakunya malam Al-Qadr adalah antara 10 malam yang terakhir dari bulan Ramadhan. Justeru itu, hikmah daripada perahsiaan malam Al-Qadr ialah agar orang-orang yang beriman bersungguh-sungguh dalam beribadat sepanjang malam bulan Ramadhan dan agar mereka sentiasa meneliti dan menanti akan kehadirannya pada setiap malam. Selain itu,antara hikmah ianya dirahsiakan ialah sebagai satu cara dari cara-cara untuk memupuk rasa asyik dan suka dalam beribadah serta menjaganya dengan baik.Oleh yang demikian akan bertambahlah kesungguhan dalam beribadah. Hikmah penyembunyian malam Al-Qadr ini adalah serupa seperti penyembunyian waktu yang mustajab untuk berdoa pada hari Jumaat, nama-nama Allah yang Maha Agung, dan rahsia Allah dalam ciptaan-Nya, redho Allah bagi hamba-hamba-Nya yang taat dan murka-Nya bagi siapa yang berbuat maksiat kepada-Nya.

TANDA-TANDA MALAM AL-QADR

Antara tanda-tanda yang paling utama yang telah di sebutkan dan di tetapkan di dalam kitab-kitab sunnah nabawiyyah adalah seperti berikut:

1. Ianya berada pada setiap malam bulan Ramadhan dan juga pada sepuluh malam terakhir dalam bulan Ramadhan, lebih-lebih lagi pada malam-malam ganjil.

2. Pada malam itu banyak malaikat yang turun ke bumi dalam bilangan yang tidak terkira.

3. Suasana pada malam itu tenang, cuacanya pula tidak panas dan tidak pula sejuk.

4. Pada paginya pula,matahari akan kelihatan kurang menyinarkan cahaya kemerah-merahannya, ianya terbit tetapi tidak bersinar At-Toyalisi telah menyatakan dari Ibnu Abbas radhiallahuanhu, bahawa Rasulullah salallahualaihi wasalam telah bersabda berkenaan dengan malam Al-Qadr; “ Malam yang dikabulkan segala doa, tidak panas dan tidak pula sejuk, dan matahari pada paginya kurang menyinarkan cahaya kemerah-merahannya ”. Muslim telah meriwayatkan dari Zar bin Habish dari Abi Ka’ab: " Sesungguhnya matahari pada paginya terbit tanpa sinaran padanya”, manakala Ubai pula berkata: " Kami telah di beritahu oleh Rasulullah salallahualaihi wasalam; Sesungguhnya ianya terbit pada hari itu tanpa sinaran padanya ”.

Adapun tanda-tanda lain yang tidak bersandarkan kepada dalil musnad sohih tetapi ianya berdasarkan pengalaman dan pengamatan individu-individu berkenaan dengan malam tersebut, antaranya ialah :

1. Air laut tiba-tiba menjadi beku

2. Tiada seekor anjing pun yang menyalak pada malam itu.

3. Keldai-keldai pula tidak bersuara.

4. Pokok-pokok kelihatan menundukkan dahan-dahannya ke bumi.

5. Terdapat cahaya yang kelihatan berkilau pada tempat-tempat yang biasanya gelap.

PENENTUAN MALAM AL-QADR

Kebanyakan hadis yang warid daripada Nabi Muhammad salallahualaihi wasalam menyatakan bahawa waktu berlakunya malam Al-Qadr secara umum dan yang paling sohih menyatakan ianya berlaku dalam bulan Ramadhan, pada 10 malam yang terakhir dan kemungkinan besar pada malam-malam yang ganjil iaitu : 21,23,25,27,29. Al-Imam Al-Bukhari telah meriwayatkan daripada Saiyidah Aisyah radiallahhuanha berkata; Bersabda Rasulullah salallahualaihi wasalam, “ Carilah malam Al-Qadr itu pada malam-malam yang ganjil daripada 10 malam yang terakhir dari bulan Ramadhan ”. Dan Al-Imam Al-Bukhari juga telah meriwayatkan daripada Ibni Abbas berkata: bersabda Rasulullah salallahualaihi wasalam; ” Carilah ianya pada 10 malam yang terakhir daripada bulan Ramadhan,………”. Selain itu, banyak lagi hadis-hadis lain yang seumpama dengannya.

CIRI-CIRI MALAM AL-QADR

1. Ia adalah malam diturunkan Al-Quran

2. Ia adalah malam yang mana ditetapkan segala perkara daripada perkara-perkara yang akan berlaku sepanjang tahun.

3. Ia adalah malam yang lebih baik di sisi Allah Ta'ala dari seribu bulan dan amalan kebajikan pada malam tersebut dilipatgandakan.

4. Sesungguh para malaikat turun ke bumi pada malam tersebut bersama dengan Ar-Ruh iaitu Jibrail alaihisalam.

5. Ia adalah malam yang aman, tenteram, sejahtera sehinggalah terbitnya fajar.

PERKARA-PERKARA SUNAT DAN ADAB-ADAB PADA MALAM AL-QADR

1. Daripada perkara-perkara sunnah yang utama yang dianjurkan ialah berazam dan berniat untuk menghidupkan malam tersebut dengan penuh keimanan dan ketaqwaan.

2. Dianjurkan untuk mandi pada setiap malam daripada 10 malam yang terakhir daripada bulan Ramadhan,berhias-hias dengan wangian,dan memakai daripada secantik-cantik baju selepas solat Maghrib sebelum solat Isyak da Terawih. Sesungguhnya perkara ini telah diamalkan oleh para sahabat dan tabiin,dan di kalangan mereka ada yang melakukannya sepanjang bulan Ramadhan.

3. Tidak menjamah makanan dan minuman yang terlalu berat semasa berbuka puasa untuk mengelakkan perasaan malas dan lesu ketika beribadah dan lemah untuk menghidupkan malamnya.

4. Memperbanyakkan doa, rintihan,memohon keampunan, kesihatan, keafiatan yang berkekalan dalam agama semasa di dunia mahupun di akhirat. Sesungguhnya Saiyidah Aishah radiallahuanha telah bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w berkenaan dengan malam tersebut, ” Apakah yang akan aku ucapkan apabila bertemu dengan malam Al-Qadr? Maka Nabi menjawab, “ Katakanlah:

اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني

5. Dianjurkan untuk mengejutkan ahli keluarga sama ada yang kecil mahupun yang besar bertepatan dengan hadis sohih daripada nabi Muhammad s.a.w bahawasanya nabi Muhammad salallahualaihi wasalam padanya mengejutkan ahli keluarganya pada malam tersebut.

6. Dan daripada perkara-perkara sunat yang dianjurkan untuk melakukannya pada malam tersebut ialah menjaga solat maghrib, isyak dan subuh secara berjemaah begitu juga solat sunat terawih dan qiam.

7. Memperbanyakkan bacaan Al-Quran pada malam Al-Qadar. Diriwayatkan bahawa Ibrahim An-Nakhie melazimi membaca al-quran dan khatam dalam bulan ramadhan pada setiap tiga hari. Apabila masuknya sepuluh malam terakhir beliau akan menamatkan bacaan Al-Quran pada setiap dua malam( iaitu beliau menambah bacaan Al-Quran pada malam-malam yang dijangkakan berlakunya lailatulqadar ).

8. Selain itu,dianjurkan juga pada malam tersebut untuk melakukan amal kebajikan dan sedekah.Ini bersesuaian dengan apa yang telah disampaikan daripada Anas bin Malik radiallahuanhu, katanya: " Amalan pada malam lailatulqadar, sedekah, solat dan zakat adalah lebih baik daripada seribu bulan ".

SEBAIK-BAIK AMALAN PADA MALAM AL-QADR

• Sufian as-Sauri telah berkata: " Doa pada malam lailatulqadar lebih aku sukai daripada memperbanyakkan solat ".

• Al-Hafiz bin Rejab pula berkata: " Yang dimaksudkan dengan banyaknya doa lebih baik daripada solat yang kurang padanya doa,sebaliknya sekiranya solat disertakan dengan banyaknya doa itu adalah lebih baik. Sesungguhnya rasulullah salallahualaihi wasalam bersolat, membaca Al-Quran dan berdoa maka terhimpun diantara solat, bacaan Al-Quran, doa dan tafakkur pada satu waktu maka sesiapa yang melakukannya adalah lebih baik dan lebih sempurna ".

PERSOALAN

S: Adakah orang yang bermusafir,wanita yang bernifas atau kedatangan haid berpeluang untuk mendapatkan malam Al-Qadr?

J: Al-Juwaibir telah berkata: " Aku pernah bertanya kepada Ad-Dahhak, adakah wanita yang bernifas dan yang kedatangan haid, orang yang bermusafir, dan yang tidur akan memperoleh lailatul Qadar ? " Dia berkata: " Ya,sesiapa yang Allah Ta'ala terima akan amalannya, maka dia akan dipertemukan oleh Allah Taala dengan Lailatul Qadar. Maksudnya ialah sekiranya mereka itu melakukan amal kebajikan dalam bulan Ramadhan lalu diterima oleh Allah Taala, maka sesiapa yang diterima amalannya, tidak mustahil untuk dia mendapatkan malam Lailatul Qadar ".

sumber Thafaqah

Ganjaran ni bukan macam ganjaran-ganjaran dunia yang mana hanya beberapa orang sahaja yang boleh dapat/menang. Ganjaran ni Allah berikan pada semua/siapa-siapa orang muslim yang beribadat dan menghidupkan malam Lailatul Qadar ini. SEMUA ORANG BOLEH DAPAT!

Jadi, kenapa nak tunggu lagi?
Rugi kalau terlepas peluang ni..
Sebab ganjaran ni memang dah konfirm kita boleh dapat!!

Bila ada peraduan yang dianjurkan yang peluang kita nak menang tak sampai 25% pun kita sanggup, ni kan yang dah terang-terang kita boleh dapat.

Marilah kita sama-sama mencari malam Lailatul Qadar untuk menampung amalan kita yang tak seberapa sebagai bekalan kita di akhirat kelak.

Mari beramal :D